Friday, March 30, 2012

Statement Malique Ibrahim mengenai lagu Bawaku Pergi

Reactions: 

Statement
Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

15 comments:

  1. "Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya." It's suppose to be "Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya." Hehe

    ReplyDelete
  2. aq dh kte dh.. lgu nie mmg tkde kne mngene dgn rmaje lri rumah..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. lagu disalah tafsir. .pelik dunia sekarang suka menunding jari kat org lain sedangkan 3 jari ke diri sendiri. .dunia2. .

    ReplyDelete
  5. stupid politician dat kill our industry! Damn it! Viva Malique, Zizan & Kaka! <3 u ols!

    ReplyDelete
  6. Lagu nie mcmc lagu coolio...see you when you get there

    ReplyDelete
  7. just heard it few hours ago....it's just a song...
    nonsense

    ReplyDelete
  8. Ada ke tidak lagu ni diradio bukan penghalang atau penyebab remaja lari. Dia org nak lari, dia org lari juga. Institusi keluarga yg pincang ditambah dengan budaya hedonisme yg dijunjung kerajaan la punca penyebab semua ni

    ReplyDelete
  9. Krajasn hrus lebih peka bukn skdar mdgar sblah pihak...

    ReplyDelete
  10. manusia tanpa pandangan jauh atau tidak berfikir jauh mmg begitu..senang2 menuduh..bila hukuman mereka itu di pandang serong mulala mengata manusia tak ikut undang2..walhal hakikatnya sama2 manusia kot..siapa lagi nak tegur kalau bukan manusia jugak..undang2pun manusia cipta jugak..ke nak mintak pandangan sang monyet di pokok?..hehehehe...(di tujukan utk semua manusia dan makhluk yg pandai membaca)

    ReplyDelete
  11. ade ke kaitan ng REMAJA LARI RUMAH?? asal sbelum lagu ni keluar lagi dh ramai remaja lari rumah??

    ReplyDelete
  12. lagu ni mcm lagu coolio - i'll see you when you get there

    ReplyDelete
  13. Lagu2 yg ditulis oleh Malique semua nya ada maksud tersendiri. Lirik beliau bermakna, buat kita berfikir dan cara penyampaian beliau lain dari yg lain.

    ReplyDelete
  14. kalu la benar2 concern..nape xbanned luar yang terang2 lucah?? yg selalu main kat radio cth: pitbull/madonna/LMFAO?

    ReplyDelete
  15. kita terlalu cepat menghukum. huhuhu ...

    ReplyDelete

Thanks for supporting Malaysian Hip-Hop. Email us at or malaysianhiphop@gmail.com for any enquiry.

Join us on Facebook : http://www.facebook.com/malaysianhiphop or Twitter : http://www.twitter.com/malaysianhiphop

If you will like to post your material, do email us, and we will take the necessary steps to help you out.