Tuesday, August 3, 2010

Ariz - Bukan Untukmu

Reactions: 

Permulaan dekad yang baru, Qarma Musiq mengalu-alukan kemunculan artis barunya. Ariz, yang sebelum ini dikenali melalui Colabr8, mengambil keputusan untuk meneruskan kerjayanya ke satu tahap lagi dengan bernaung di bawah Qarma Musiq - sebuah syarikat rakaman kepunyaan Malique. Mula menceburkan diri dalam kancah seni melalui beberapa program realiti seperti Blast Off pada tahun 2005 dan Gangstarz pada tahun 2007 (separuh akhir), Ariz mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap bidang yang diceburi ini. Album pertamanya 1212, sebuah album kolaborasi dengan seorang lagi rapper Dedeq, berjaya tercalon untuk anugerah Album Hip Hop Terbaik di acara paling berprestij bagi industri muzik tanah air, Anugerah Industri Muzik 2010. Lebih membanggakan, ianya tercalon disamping nama-nama besar dalam arus muzik hip hop seperti Malique, Altimet, Point Blanc dan Ahli Fiqir.

Klik sini untuk lagu barunya.
Bermula sebagai pelajar di Qarma Rap School, bawah kendalian Malique pada tahun 2008, Ariz meninggalkan nama Colabr8 untuk bergerak maju dan sekaligus memperkenalkan semula dirinya dalam dunia muzik dengan cara yang lebih mudah difahami. Seperti mentornya Malique, Ariz melepasi segala tanggapan bagaimana seorang artis hip hop di Malaysia sepatutnya digambarkan; bersahaja, bergenre neutral dan bakat yang mudah didampingi.

Bukan Untukmu adalah single pertama Ariz. Ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, ia adalah pengenalan kepada penulisan baru Ariz yang lebih mudah diingati dengan lirik yang bergaya. Bukan Untukmu juga menampilkan vokal lunak Kat, seorang lagi peserta rancangan realiti - Mentor pada tahun 2006 sebagai protege Datuk Siti Nurhaliza. Seorang penyanyi yang berpotensi bintang, penampilan suara Kat ini adalah yang pertama selepas dua tahun.

Bukan Untukmu berkisar mengenai penolakkan dan permohonan cinta yang tak berbalas; sesuatu yang sering dilalui oleh kebanyakkan lelaki apabila hendak berkenalan dengan wanita idaman, tetapi tidak dilayan.

Lagu ini diterbitkan oleh Malique dan disusun oleh D'Navigator untuk Qarma Musiq. Kerjasama Malique dan D'Navigator sangat dikenali melalui produksi album dan lagu yang sering memenangi anugerah seperti album Malique 'OK' pada tahun 2008 dan juga lagu-lagu dari Too Phat seperti Alhamdulillah dan Dua Dunia.

Dengan pasukan hebat di belakangnya, dipadu dengan personaliti seorang jaguh, Ariz hadir dengan penampilan yang segar dalam industri muzik tanah air. 2010 melabuh tirai dengan mengangkat peneraju- peneraju hip hop Malaysia menjadi ikon lagenda, dan sekarang giliran Ariz untuk meneraju generasi baru hip hop Malaysia.




www.myspace.com/arizqarma

No comments:

Post a Comment

Thanks for supporting Malaysian Hip-Hop. Email us at or malaysianhiphop@gmail.com for any enquiry.

Join us on Facebook : http://www.facebook.com/malaysianhiphop or Twitter : http://www.twitter.com/malaysianhiphop

If you will like to post your material, do email us, and we will take the necessary steps to help you out.